Rancangan Pengajaran Harian BC ( 4 )


Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Cina
Matapelajaran: Bahasa Cina Tahun 2
Bidang pelajaran: Menyatakan dan menjelaskan kegunaan benda
Hasil pembelajaran: Di akhir sesi pembelajaran ini, murid dapat
a)    menyatakan kegunaan benda dengan betul dan logik.
b)    menulis ayat tunggal atau ayat majmuk dengan betul.
Fasa Permulaan :
1)      1)  Guru menyiarkan rakaman dan bersoal jawab dengan murid.
2)     2) Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran hari ini.

Langkah-langkah :
1)     1) Guru menunjukkan gambar dan bersoal jawab dengan murid-murid.
( Nyatakan kegunaan api ) 
2)      2) Guru menunjukkan jam dan bersoal jawab dengan murid-murid.
(Nyatakan kegunaan jam)
3)     3) Murid membentuk kumpulan dan guru mengedarkan kertas sebak kepada kumpulan-kumpulan.
4)     4) Setiap kumpulan diminta mengadakan perbincangan dan menulis kegunaan benda berdasarkan tajuk yang didapati. ( kegunaan payung, rumah, pokok )
5)     5) Murid membentangkan hasil kumpulan dan guru memberi ulasan.

Fasa Penutup :
1)    Guru mengadakan aktiviti kuiz.
2)                   2) Guru membimbing murid membuat kesimpulan pelajaran hari ini.

Refleksi :
            Selepas memerhati gambar atau benda yang ditunjukkan oleh saya, murid dapat menyatakan kegunaan api dan kegunaan jam di bawah bimbingan saya. Murid-murid sangat aktif memberi pandangan semasa bersoal jawab dengan saya atau dalam sesi perbincangan kumpulan. Mereka telah bertukar-tukar idea dan berkongsi maklumat melalui aktiviti perbincangan. Interaksi pelbagai hala telah  berlaku dengan berkesan dan kemahiran lisan yang dipelajari dapat dikukuhkan. Murid-murid juga dapat menulis ayat-ayat dengan betul.

Kelemahan dan Penyelesaian:
            Dalam fasa permulaan, saya menyiarkan rakaman dan meminta murid memberi perhatian untuk mendengar cerita (tentang kegunaan sesuatu benda) yang disampaikan. Tetapi saya mendapati ada murid tidak dapat memahami isi-isi cerita. Mereka perlu mendengar penerangan saya baru boleh memahami isi-isi cerita itu. Untuk menyelesaikan masalah ini, saya boleh menyiarkan video (tentang kegunaan sesuatu benda) atau menunjukkan gambar untuk menggantikan siaran rakaman. Dengan ini, murid dapat mengikuti pelajaran dengan lebih mudah dan bermakna. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Rancangan Pengajaran Harian BC ( 3 )


Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Cina
Matapelajaran: Bahasa Cina Tahun 2
Bidang pelajaran: Jenis-jenis Ayat
Hasil pembelajaran: Di akhir sesi pembelajaran ini, murid dapat
a)    membina dan melengkapkan ayat dengan betul dan logik.
Fasa Permulaan :
1)     1) Guru menunjukkan kad ayat (ayat yang sama tetapi tanda baca yang berbeza) dan bersoal jawab dengan murid.
  ( 今天是中秋节。)
( 今天是中秋节, )
2)     2) Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran hari ini.

Langkah-langkah :
1)     1) Guru menunjukkan beberapa kad ayat dan meminta murid-murid memadankan ayat-ayat tersebut supaya menjadi ayat yang lengkap.
2)     2) Guru menunjukkan kad ayat dan meminta murid melengkapkan ayat tersebut.
3)     3) Murid membentuk 2 kumpulan dan menjalankan aktiviti.
( Murid kumpulan A mengeluarkan soalan, murid kumpulan B dikehendaki melengkapkan ayat tersebut.)
4)     4) Murid membentuk kumpulan dan guru mengedarkan kertas sebak kepada kumpulan-kumpulan.
5)     5) Setiap kumpulan diminta melengkapkan ayat-ayat.
6)     6) Murid membentangkan hasil kumpulan dan guru memberi ulasan.

Fasa Penutup :
1)    Guru mengadakan aktiviti kuiz.
2)                   2) Guru membimbing murid membuat kesimpulan pelajaran hari ini.

Refleksi :
            Murid-murid telah melibatkan diri dengan aktif semasa menjalankan aktiviti kumpulan (kumpulan A dan kumpulan B). Mereka berasa seronok kerana mereka boleh mengeluarkan soalan dan meminta murid lain menjawabnya. Mereka juga bekerjasama untuk menyiapkan tugasan yang saya berikan. Mereka dapat melengkapkan ayat-ayat dengan betul dan logik. Aktiviti-aktiviti tersebut telah memberi peluang kepada murid untuk mempelajari, mengaplikasi dan memperkukuh kemahiran yang dipelajari. Mereka juga boleh menyatakan ayat yang dibina adalah logik atau tidak.

Kelemahan dan Penyelesaian:
Sesi perbincangan jawapan adalah berpusatkan guru. Dalam sesi ini, saya patut memberi peluang kepada murid untuk membetulkan ayat yang salah. Dengan ini, murid akan menguasai kemahiran ini dengan lebih berkesan, berpeluang membezakan ayat yang logik dan ingatan dapat dikukuhkan lagi. 


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Rancangan Pengajaran Harian BC ( 2 )


Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Cina
Matapelajaran: Bahasa Cina Tahun 2
Bidang pelajaran: Jenis-jenis Ayat
Hasil pembelajaran: Di akhir sesi pembelajaran ini, murid dapat
a)    mengenal pasti, membina dan menulis ayat tanya dan ayat seruan.
Fasa Permulaan :
1)       1)  Guru menunjukkan gambar tanda baca dan bersoal jawab dengan murid.
2)       2) Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran hari ini.



Langkah-langkah :
1)     1) Guru memperkenalkan dan menjelaskan fungsi ayat tanya dengan beberapa contoh ayat.
2)     2) Guru meminta murid memberi beberapa contoh ayat tanya.
3)     3) Guru mengulangi langkah 1 dan 2 untuk menjelaskan ayat seruan.
4)     4) Murid membentuk kumpulan dan guru mengedarkan kertas sebak yang menulis pelbagai jenis ayat kepada kumpulan-kumpulan.
5)     5) Setiap kumpulan diminta mengenal pasti ayat tanya dan ayat seruan.
6)     6) Guru dan murid-murid bersama-sama membincangkan jawapan.
7)     7) Guru menjelaskan cara membina dan menulis ayat tanya dan ayat seruan dengan memberi beberapa contoh ayat.
8)     8) Setiap kumpulan diminta membina dan menulis ayat tanya dan ayat seruan.
9)     9) Murid membentangkan hasil kumpulan dan guru memberi ulasan.

Fasa Penutup :
1)    Guru mengadakan aktiviti kuiz.
2)                  2)   Guru membimbing murid membuat kesimpulan pelajaran hari ini.

Refleksi :
            Penerangan yang jelas dan banyak contoh ayat yang saya berikan telah membantu murid mengenal ayat tanya dan ayat seruan serta memahami fungsinya. Aktiviti mengenal pasti ayat telah memperkukuh ingatan murid tentang jenis-jenis ayat yang dipelajari. Mereka juga dapat menyatakan sebab-sebab ayat itu bukan ayat tanya atau ayat seruan. Murid-murid dapat membina ayat tanya dan ayat seruan berdasarkan contoh ayat yang saya berikan. Dalam sesi perbincangan jawapan (membina dan menulis ayat), murid sangat aktif untuk menjadi penyemak.  Peluang ini telah membantu murid memperkukuh kemahiran yang dipelajari pada hari ini.

Kelemahan dan Penyelesaian:
Saya mendapati ada beberapa orang murid tidak dapat membezakan ayat perintah dan ayat seruan (murid menganggap ayat perintah ialah ayat seruan kerana ayat perintah bahasa cina boleh menggunakan tanda seru). Untuk menyelesaikan masalah ini, saya boleh menulis beberapa contoh ayat perintah dan ayat seruan. Kemudian saya membimbing murid membuat banding beza. Dengan ini, murid dapat memahami perbezaan antaranya serta membuat ulangkaji tentang ayat perintah yang pernah dipelajari. Selain itu, guru bukan sahaja memberi contoh ayat untuk membimbing murid membina ayat tanya dan ayat seruan, tetapi juga boleh menunjukkan beberapa gambar dan meminta murid menulis ayat-ayat berdasarkan gambar. 


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Rancangan Pengajaran Harian BC ( 1 )

Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Cina
Matapelajaran: Bahasa Cina Tahun 2
Bidang pelajaran: Jenis-jenis Ayat
Hasil pembelajaran: Di akhir sesi pembelajaran ini, murid dapat
a)    mengenal pasti, membina dan menulis ayat perintah.
Fasa Permulaan :
1)     1) Guru menunjukkan gambar dan membimbing murid menyatakan isi gambar.
2)     2) Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran hari ini.



Langkah-langkah :
1)     1) Guru memperkenalkan dan menjelaskan fungsi ayat perintah dengan beberapa contoh ayat.
2)     2) Guru meminta murid memberi beberapa contoh ayat perintah.
3)     3) Murid membentuk kumpulan dan guru mengedarkan kertas sebak yang menulis pelbagai jenis ayat kepada kumpulan-kumpulan.
4)     4) Setiap kumpulan diminta mengenal pasti ayat perintah.
5)     5) Guru dan murid-murid bersama-sama membincangkan jawapan.
6)     6) Guru menjelaskan cara membina dan menulis ayat perintah dengan memberi beberapa contoh ayat.
7)     7) Setiap kumpulan diminta membina dan menulis ayat perintah.
8)     8) Murid membentangkan hasil kumpulan dan guru memberi ulasan.

Fasa Penutup :
1)  Guru mengadakan aktiviti kuiz.
2)                   2)  Guru membimbing murid membuat kesimpulan pelajaran hari ini.

Refleksi :
            Penerangan yang jelas dan banyak contoh ayat yang saya berikan telah membantu murid mengenal ayat perintah dan memahami fungsinya. Aktiviti mengenal pasti ayat perintah telah memperkukuh ingatan murid tentang ayat perintah yang dipelajari. Mereka juga dapat menyatakan sebab-sebab ayat itu bukan ayat perintah. Murid-murid dapat membina dan menulis ayat perintah berdasarkan contoh ayat yang saya berikan.

Kelemahan dan Penyelesaian:
Dalam sesi perbincangan jawapan (membina dan menulis ayat perintah), guru boleh memberi peluang kepada murid untuk menjadi penyemak. Dengan ini, murid akan memainkan peranan yang aktif dalam sesi ini. Murid juga dapat memperkukuh kemahiran yang dipelajari. Selain itu, guru bukan sahaja memberi contoh ayat perintah untuk membimbing murid membina ayat perintah, tetapi juga boleh menunjukkan beberapa gambar dan meminta murid menulis ayat perintah berdasarkan gambar. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Rancangan Pengajaran Harian KH ( 4 )


Rancangan Pengajaran Harian Kemahiran Hidup
Matapelajaran: Kemahiran Hidup Tahun 5
Bidang pelajaran: 2. Perniagaan dan Keusahawanan
Objektif pembelajaran: 2.6 Mengurus Perbelanjaan Diri
a)    Merekod pendapatan dan perbelanjaan
Hasil pembelajaran: Di akhir sesi pembelajaran ini, murid dapat
a)    mengenal pasti sumber pendapatan dengan betul.
b)    menyediakan rekod pendapatan dan perbelanjaan dengan betul.
Fasa Permulaan :
1)       1) Guru menunjukkan barang keperluan murid seperti pakaian seragam sekolah, buku latihan, makanan dan sebagainya.
2)      2) Guru bersoal jawab dengan murid-murid dan mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran hari ini.

Langkah-langkah :
1)     1) Guru mengadakan perbincangan dengan murid-murid mengenai sumber pendapatan persendirian dan perbelanjaan persendirian.
2)     2) Guru mengedarkan borang dan meminta murid menyediakan rekod pendapatan dan perbelanjaan.
3)    Murid-murid membentangkan hasil mereka.
4)     3) Guru membuat ulasan hasil pembentangan murid.

Fasa Penutup :
1)                  1) Guru dan murid berbincang tentang faedah menyediakan rekod pendapatan dan perbelanjaan.
2)  Guru membimbing murid membuat kesimpulan pelajaran hari ini.
      3)  Murid membuat kesimpulan pelajaran dengan menyatakan idea utama serta mengaitkannya dengan idea asal.

Rekod Pendapatan dan Perbelanjaan
Nama :
Tarikh
Pendapatan
( RM)
Tarikh
Perbelanjaan
( RM)



















Jumlah


Jumlah


Refleksi :
            Saya menjelaskan maksud pendapatan dan perbelanjaan dengan memberi contoh yang releven. Oleh itu, murid-murid dapat mengenal pasti dan menyatakan sumber pendapatan persendirian dan perbelanjaan persendirian semasa perbincangan. Murid-murid dapat menyediakan rekod pendapatan dan perbelanjaan di bawah  bimbingan guru (murid-murid telah mengumpul maklumat pendapatan dan perbelanjaan persendirian selama seminggu). Aktiviti ini membolehkan murid memahami isi pelajaran hari ini dengan lebih bermakna dan memberi kesedaran kepada murid tentang kepentingan menyediakan rekod pendapatan dan perbelanjaan.

Kelemahan dan Penyelesaian
            Semasa pembentangan, saya mendapati borang rekod pendapatan dan perbelanjaan yang saya sediakan tidak sesuai. Saiz borang telah menyebabkan murid-murid tidak berpeluang melihat rekod kawannya dengan jelas. Interaksi antara murid dan interaksi dengan  bahan pelajaran kurang berkesan. Jadi, saya harus menyediakan kertas sebak dan mengedarkan kepada murid-murid agar menyediakan rekod pendapatan dan perbelanjaan. Saiz kertas sebak akan membolehkan murid melihat rekod kawannya dengan jelas. Murid-murid juga dapat membentangkan hasil mereka dengan lebih mudah. Secara langsungnya, peluang interaksi di antara murid dan interaksi dengan  bahan pelajaran dapat bertambah. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Rancangan Pengajaran Harian KH ( 3 )


Rancangan Pengajaran Harian Kemahiran Hidup
Matapelajaran: Kemahiran Hidup Tahun 5
Bidang pelajaran: 2. Perniagaan dan Keusahawanan
Objektif pembelajaran: 2.3 Mempromosi Jualan
a)    Promosi melalui poster
Hasil pembelajaran: Di akhir sesi pembelajaran ini, murid dapat
a)    mengenal pasti maklumat yang perlu ada dalam poster dengan betul.
b)    mengenal pasti ciri poster yang baik.
Fasa Permulaan :
1)     1)  Guru menunjukkan poster.
2)     2)  Guru bersoal jawab dengan murid-murid dan mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran hari ini.

Langkah-langkah :
1)      1)  Guru meminta murid menyatakan maklumat yang biasa ada dalam poster.
2)     2) Guru menjelaskan maklumat yang perlu ada dalam poster satu demi satu.
3)      3) Murid memberi pendapat tentang ciri poster yang baik.
4)      4 ) Guru menjelaskan ciri poster yang baik.
5)      5) Guru menunjukkan poster dan membimbing murid membanding beza ciri-ciri baik yang terdapat dalam poster.
6)     6) Murid-murid menjalankan aktiviti kumpulan iaitu mengenal pasti maklumat dan ciri-ciri baik yang terdapat dalam poster.
7)       7)  Murid membentangkan hasil perbincangan dan guru membuat ulasan.



Fasa Penutup :
1)   Guru mengadakan aktiviti kuiz.
2)  Guru membimbing murid membuat kesimpulan pelajaran hari ini.
      3)  Murid membuat kesimpulan pelajaran dengan menyatakan idea utama serta
           mengaitkannya dengan idea asal.

Refleksi :
            Poster-poster yang saya tunjukkan telah membolehkan murid-murid memahami pelajaran dengan lebih mudah dan bermakna. Aktiviti kumpulan yang dijalankan telah memberi peluang kepada murid untuk mengkaji dan mengenal pasti ciri-ciri baik poster serta mengukuhkan ingatan tentang ilmu pengetahuan yang dipelajari.

Kelemahan dan Penyelesaian
            Semasa pembentangan, murid perlu menunjukkan poster yang disediakan dan memberi penerangan. Tetapi saya mendapati  saiz poster telah menyebabkan murid-murid kumpulan lain tidak dapat melihat maklumat poster dengan jelas dan kurang memahami penerangan kawannya. Interaksi antara murid dan interaksi dengan  bahan pelajaran kurang berkesan. Untuk menyelesaikan masalah ini, saya boleh meminta murid-murid menghantar poster yang telah dikumpulkan oleh mereka kepada saya sebelum menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran hari itu. Kemudian saya menunjukkan poster murid dengan perisian Microsoft Power Point semasa pembentangan. Dengan ini, murid dapat melihat poster dengan jelas, murid boleh memberi penerangan dengan lebih mudah dan interaksi berlaku dengan berkesan.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Rancangan Pengajaran Harian KH ( 2 )


Rancangan Pengajaran Harian Kemahiran Hidup
Matapelajaran: Kemahiran Hidup Tahun 5
Bidang pelajaran: 1. Reka Bentuk dan Teknologi
Objektif pembelajaran: 1.5 Baik pulih dan Penyelenggaraan
                                       b) Penyelenggaraan bahagian bangunan
Hasil pembelajaran: Di akhir sesi pembelajaran ini, murid dapat
a)    mengenal pasti bahagian bangunan yang perlu diselenggara.
b)    membersih dan meminyak bahagian bergerak pada pintu dan tingkap dengan cara yang betul.
Fasa Permulaan : 
1)    Guru membimbing murid menjalankan permainan teka teki. 
2)    Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran hari ini.

Langkah-langkah : 
1)    Guru menunjukkan gambar atau benda untuk menerangkan bahagian bangunan yang perlu diselenggara dan bahan pembersih yang diperlukan. 



2)    Murid membentuk kumpulan. 
3)    Setiap kumpulan mengadakan perbincangan tentang bahan pembersih yang diperlukan dan cara-cara menyelenggara bahagian bangunan. 
4)    Murid membentangkan hasil perbincangan dan guru membuat ulasan. 
5)    Setiap kumpulan membersih atau menyelenggara bahagian bangunan.

Fasa Penutup :
1)   Guru mengadakan aktiviti kuiz.
2)  Guru membimbing murid membuat kesimpulan pelajaran hari ini.
      3)  Murid membuat kesimpulan pelajaran dengan menyatakan idea utama serta mengaitkannya dengan idea asal.

Refleksi :
            Aktiviti perbincangan telah membolehkan interaksi berlaku dengan berkesan. Murid-murid aktif untuk memberi pandangan, bertukar-tukar idea dan berkongsi maklumat. Selain itu, murid-murid telah melibatkan diri dengan aktif dalam aktiviti membersih  atau menyelenggara bahagian bangunan.  Aktiviti ini telah memberi peluang kepada murid untuk mempelajari, menguasai dan memperkukuh kemahiran-kemahiran membersih  atau menyelenggara bahagian bangunan. Semangat kerjasama dan sifat sosial yang positif telah dipupuk melalui aktiviti ini.

Kelemahan dan Penyelesaian
            Saya mendapati ada beberapa kumpulan menghadapi masalah untuk membersih  atau menyelenggara bahagian bangunan dan memerlukan lebih banyak masa untuk menyiapkan tugasan ini. Untuk menyelesaikan masalah ini, saya boleh mendemonstrasikan langkah-langkah kerja sebelum murid menjalankan aktiviti ini. Dengan ini, murid dapat mencontohinya dengan lebih tepat dan mudah serta mengukuhkan ingatan. Jika masa mengizinkan, saya boleh meminta seorang murid membuat demonstasi sekali lagi untuk memperkukuh pemahaman tentang cara-cara membersih atau menyelenggara bahagian bangunan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS